Memiliki wajah yang cantik serta menawan adalah satu anugerah yang dikurniakan tuhan kepada kita sebagai makhluknya. Oleh itu kita mesti lah sentiasa mensyukuri segala kurniaan atau kelebihan yang telah diberikan itu, dengan cara merawat dan menjaganya agar tetap kelihatan cantik. Tapi pada zaman sekarang, ada dari kalangan kita yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah dikurniakan pada dirinya.
Demi mendapatkan bentuk wajah yang diingini, terdapat ramai wanita sanggup melakukan kaedah merbahaya asalkan hasrat mereka untuk mendapatkan wajah yang cantik tercapai. Salah satunya ialah dengan melakukan pembedahan dan memakai produk yang terbuat dari zat-zat kimia yang boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan.
Sekiranya kita takut atau merasa was-was menggunakkan cara-cara merbahaya tadi untuk merawat dan mencantikkan diri. Anda juga boleh mencuba kaedah semula jadi di bawah ini bagi mencantikan lagi bibir anda supaya sentiasa kekal merah dan menawan tanpa menggunakan sebarang alat solekan seperti gincu.
Siapa sangka, buah-buahan juga mampu membuatkan bibir kita kelihatan menawan semula jadi.Jom, bukan rugi pun kalau kita cuba!
1. Lemon
Lemon sudah dari dulu dipercaya dapat mengatasi birat hitam. Lemon akan mencerahkan bibir tanpa membuatnya jadi kering. Caranya? Peras lemon dan ambil sarinya. Ratakan lemon pada bibir, picit hingga cairannya meresap, lalu biarkan semalam. Bilas bibir keesokan pagi. Gunakan cara ini setiap hari sampai bibir anda terlihat merah merona.
2. Madu
Madu dari dulu sudah di gunakan oleh wanita untuk kecantikan, salah satunya untuk mengatasi birat hitam jadi merah lagi. Cara menggunakannya adalah dengan memakai madu di malam hari, kemudian bilas keesokan paginya. Sama seperti lemon, gunakan juga setiap hari sampai bibir anda terlihat merah merona.
3. Strawberry
Untuk mendapatkan bibir merah merona, anda boleh mendapatkannya dari buah strawberry segar. Caranya hampir sama dengan lemon. Ambil sari strawberry dan oleskan di bibir hingga meresap. Biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya.
4. Minyak Zaitun
Minyak zaitun dapat membantu melembapkan kulit dan membuat bibir lebih lembut. Oleskan minyak ini pada bibir, dan urut dgn jari perlahan, biarkan semalaman. Bilas keesokan paginya.
Anda boleh memilih mana yang mudah dan senang anda dapatkan. Mudah-mudahan tips di atas dapat mengatasi bibir hitam menjadi merah merona lagi. Semoga bermanfaat ladies!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan