Isnin, 23 Disember 2013

Casing Beg Udara Smartphone Honda

casing beg udara honda

Anda  pasti pernah terfikir tentang hal ini, setiap kali kita menjatuhkan telefon kita di atas lantai kita pasti berharap ianya tidak akan apa-apa. Dengan setiap keretakan dan  kerosakan , kita ingin satu casing yang boleh mengelakkan semuanya dari berlaku. Terdapat beratus-ratus  ribu  jenama telefon pintar di luar sana  yang  bermegah tentang keutuhan mereka.

Honda mungkin telah mengambil satu langkah yang paling epik dengan  mencipta casing beg udara telefon pintar mereka. Ya, anda tak tersilap baca! Honda baru-baru ini membentangkan  casing beg udara telefon pintar mereka, dan ia bukannya sesuatu daripada filem fiksyen sains

Kita semua mencari casing telefon pintar yang sempurna dan paling selamat , dan kita sentiasa mendapat kekecewaan. Seolah-olah tiada casing yang benar-benar  dapat memastikan telefon pintar kita selamat. Honda bahkan mewujudkan video tentang bagaimana mustahil untuk mencari casing yang  benar- benar selamat  untuk telefon pintar.

Prototaip mereka dinamakan Case N adalah berasaskan kepada teknologi beg udara Honda. Honda adalah salah satu syarikat terkemuka dengan teknologi beg udara. Casing telefon pintar ini adalah cara yang lucu untuk menyuntik ke dalam fikiran anda tentang pentingnya beg udara untuk keselamatan. Walau bagaimanapun, saya  pasti bahawa ia tentu akan menjadi  agak berguna untuk mempunyai casing yang menggunapakai beg udara. Ia pasti akan menjimatkan banyak wang ramai orang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com