Jumaat, 13 Disember 2013

Awasi Tanda-Tanda Lelaki Yang Sedang Curang

Awasi Tanda-Tanda Lelaki Yang Sedang Curang

Sebenarnya lelaki dan perempuan ini tidak banyak bezanya bila mereka sudah ada yang baru, tanda-tandanya hampir sama, tapi cara tanda tersebut kelihatan akan ada perbezaan.

Tapi disini, bukan perbandingan yang ingin dikupas.. Saya akan nyatakan beberapa tanda teman lelaki/pasangan anda mula curang ataupun memang di lahirkan untuk menjadi buaya darat.

Tanda-tanda ini mungkin anda pernah lihat atau rasakan, tetapi anda tidak sedar itulah tanda di hatinya ada insan lain yang bertakhta.

Peringatan!!!
Entry ini bertujuan memberi info, bukan untuk melabelkan lelaki yang menunjukkan tanda-tanda ini sedang CURANG .

Tanda-tanda Lelaki Curang

1. Panas Baran  Tidak Bertempat dan Suka Mencari Kesalahan

Jika dahulu dia adalah seorang lelaki penyayang, perubahan jelas akan terlihat jika dia sudah ada perempuan lain. Dia akan menjadi seorang lelaki yang pemarah dan kerap menyalahkan pasangannya walaupun hal itu cuma hal kecil. Sebab??? Agar pasangannya tidak tahan dan akhirnya meninggalkannya. Dengan itu, dia tidak akan rasa bersalah.

2. Sering Menolak Ajakan Keluar  Bersama

Si dia akan sering beralasan bila anda mengajakknya keluar. Tidak seperti mula-mula kenal, lelaki yang sudah mempunyai kekasih lain akan mula jemu dengan pasangannya. Dan bila sudah jemu, dia mungkin tidak berminat lagi untuk meluangkan masa bersama anda kerana dia kini sudah mula berfikir dan berminat untuk menghabiskan masa dengan kekasih barunya.

3. Mudah Resah Ketika Bersama

Resah disini maksudnya ialah dia (lelaki yang disyaki telah melakukan kecurangan) seperti tidak selesa ketika bersama anda. Seperti bimbangkan sesuatu atau kerap melihat jam tangan atau  jam di telefonnya. Kerana apa?? Kerana mungkin dia takut kekasih gelapnya ternampak dia dengan anda atau dia sedang menanti waktu untuk pergi ke temujanji yang lain.

4. Tidak Membenarkan Pasangannya Memegang atau Melihat Telefon Bimbitnya

Satu tabiat kebanyakan lelaki adalah menyimpan apa-apa yang berkaitan dengan perempuan idamannya. Seperti gambar, video ataupun SMS-SMS yang perempuan itu hantar. Jika anda dapati  pasangan anda enggan membenarkan anda melihat telefonnya, kemungkinan besar dia sedang sembunyikan sesuatu. Tetapi ada juga lelaki yang 'terlalu bijak' dengan memadam atau memindahkan 'barang bukti' ke tempat yang anda tidak ketahui. Lalu bagaimana caranya  mahu tahu dia curang??? Cubalah ajak dia saling bertukar SIM-CARD ataupun telefon, jika dia enggan. Sah, dialah si HIDUNG BELANG.

5. Sukar Menghubungi Dan Dihubungi

Perkara ini akan terjadi sekiranya dia sudah berminat atau jatuh hati kepada perempuan lain. Secara tidak langsung dia akan sentiasa memikirkan teman wanita barunya dan anda akan mula hilang daripada fikirannya. Selalunya dia cuma akan berhubung dengan anda  jika ada keperluan ataupun jika anda yang menghubunginya terlebih dahulu.

6. Gugup dan Tersipu Malu Bila di tanya

Tanda ini hanya akan dapat dikesan jika anda sedang menanyakan atau bercakap dengannya secara berdepanan (mata bertentang mata) kerana sifat manusia penipu, akan gementar jika ditanya berdepan. Contohnya, jika sebelum dia curang anda menanyakan soalan, pasti dia akan jawap dengan yakin 'sayang mengapa?' . Tetapi perhatikan, jika dia sudah ada orang lain dan anda menanyakan dia soalan panas, dia akan jawab seperti ini, 'Saaa... Saaa... Saaa... Sayangku mengapa? Aha!! Gagapku menjelma ku tak perlu menyuluh yang sudah terang benderang'

So kepada wanita-wanita di luar sana awasi dan peka lah dengan perubahan sikap pasangan anda..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com