Isnin, 22 Disember 2014

Gagal Dapat Banyak A Dalam Ujian PT3, Salah Siapa?

Cik Siti terbaca keluhan ibu bapa di laman sosial merungut kerana anak mereka tidak dapat keputusan yang baik seperti yang diharapkan sejak Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem Peperikasaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan menggantikan Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Terdapat segelintir ibubapa menyalahkan kementerian terlibat di atas kegagalan anak mereka mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperikasaan tersebut. Ada juga yang marah kerana kononya anak mereka dijadikan bahan uji kaji untuk menentukan samada 'eksperimen' yang dijalankan itu berkesan atau tidak.

Hari ini dalam laporan BERNAMA di bawah telah membuktikan bahawa 'eksperimen' yang dilakukan Kementerian Pendidikan itu berjaya apabila seorang pelajar perempuan berjaya memperoleh keputusan 11A dan beberapa orang pelajar lagi mendapat 10A.

Jadi di manakah silapanya. Adakah salah kementerian atau anak kita sebenarnya yang  belum cukup bersedia berdepan dengan cabaran? Sama-sama kita renungkan.

pt3-10a

Hafaz al-Quran rahsia dapat 11A

IPOH: Selain belajar bersungguh-sungguh, menghafaz al-Quran turut adalah faktor yang membantu kejayaan seorang pelajar dalam Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

Nurunnuha Muhammad Ismi dari Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini yang memperoleh keputusan 11A berkata, awal pagi adalah masa sesuai untuk menghafal al-Quran seterusnya mengulangkaji mata pelajaran sekolah.

"Saya akan bangun seawal 5.30 pagi kerana waktu ini mudah untuk menghafal al-Quran.

"Apabila kita mudah menghafal al-Quran, mudah juga untuk kita mengulangkaji mata pelajaran sekolah," katanya ketika ditemui di sekolahnya hari ini.

Selain itu, Nurunnuha berkata, keredhaan ibu bapa dan guru juga amat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Dengan nada sebak, anak ketiga daripada lapan beradik itu berkata, segala nasihat dan dorongan ibu membuatkannya cukup bersemangat untuk belajar.

"Saya harap kejayaan yang saya perolehi hari ini dapat membanggakan kedua ibu bapa saya," katanya.

Seorang lagi pelajar sekolah itu, Nur Basyirah Mortaza yang memperolehi keputusan 10A berkata, selain berusaha, beliau juga memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas.

"Cikgu banyak memberi bimbingan dan tips untuk berjaya," kata anak ketiga daripada lima beradik itu.

Nur Basyirah yang bercita-cita menjadi seorang doktor lebih gemar mengulang kaji pelajaran seorang diri berbanding mengulang kaji secara berkumpulan.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan, Noor Aini Zainal Abidin berkata, jumlah keseluruhan pelajar sekolah itu yang menduduki ujian PT3 adalah seramai 123 orang dan daripada jumlah itu seorang pelajar memperoleh 11A manakala 10A seramai dua orang, 9A (empat), 8A (lapan), 7A (tujuh) dan 6A (enam).

"Saya tidak berpuas hati kerana hanya 22 pelajar memperolehi lebih dari 7A berbanding tahun lepas lebih 60 pelajar," katanya.

Beliau berkata, majoriti pelajar yang memperoleh lebih dari 7A bukan terdiri dari pelajar 'kaki buku' malah mereka yang aktif dalam bidang kokurikulum. - Bernama

2 ulasan:

  1. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    BalasPadam

Jom Ikut Blog Ini!

Blogged.my My Ping in TotalPing.com